Khamis, 5 November 2015

Pihak berkuasa Vietnam berkas wanita Malaysia miliki kokain

Agensi
Pihak berkuasa Vietnam berkas wanita Malaysia miliki kokain
Vietnam Komunis mempunyai undang-undang dadah yang paling berat di dunia. Sesiapa yang didapati bersalah memiliki lebih daripada 600 gram (20 auns) heroin, atau lebih daripada 20 kilogram candu, boleh berdepan hukuman mati. - Gambar Fail
 
 
HANOI: Vietnam telah menahan seorang wanita Malaysia kerana menyeludup dadah jenis kokain, lapor media tempatan Rabu, satu kesalahan yang boleh membawa hukuman mati di negara komunis itu.

Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, dtahan membawa lima kilogram (11 paun) dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Antarabangsa Ho Chi Minh City pada malam Selasa, lapor akhbar Tuoi Tre.

Wanita itu dilaporkan telah melawat beberapa bandar termasuk Columbia, Panama, Brazil dan Dubai sebelum ditahan di Vietnam. Pihak berkuatkuasa menjumpai tepung yang dipercayai kokain di dalam bagasinya, lapor akhbar itu.

Vietnam Komunis mempunyai undang-undang dadah yang paling berat di dunia. Sesiapa yang didapati bersalah memiliki lebih daripada 600 gram (20 auns) heroin, atau lebih daripada 20 kilogram candu, boleh berdepan hukuman mati.

Vietnam telah menjatuhkan hukuman mati terhadap berpuluh-puluh warga asing atas kesalahan dadah – ramai daripada mereka warga Australia yang menetap di negara itu.

Pada September, seorang wanita Australia telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun selepas cubaan menyeludup dadah jenis heroin di dalam seluar dalamnya.
Tahun lalu, seorang lelaki Filipina dan seorang wanita dijatuhkan hukuman mati selepas ditahan membawa 11 paun kokain. 
 
 

Tiada ulasan: