Khamis, 26 November 2015

Pentas PAU tidak sesuai untuk Muhyiddin-Ku Seman

 
Timbalan Presiden UMNO itu dinasihat mencari pentas lain bukannya PAU kerana kebanyakan mereka yang datang telah ‘dibeli’


umno-muh


PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu menggunakan pentas pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 kerana sebahagian besar mereka yang datang tidak lagi amanah dengan perjuangan parti.

Lebih menjengkelkan kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikhuatiri akan menjadi bahan ketawa.

Persepsi itu diluahkan Ku Seman Ku Hussain dalam tulisannya, yang kemudian dikongsi bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin di blognya, zamkata.

“Saya bimbang pejuang kebenaran macam Muhyiddin akan diketawakan oleh puak oportunis yang datang menangguk peluang dan bermuka-muka di depan Najib ibnu Razak dan rejimnya.

“Puak oportunis sudah lihat apa yang berlaku kepada Muhyiddin yang akhirnya bukan sahaja dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dinafikan secara paling tidak demokratik sebagai Timbalan Presiden UMNO,” tulisnya dengan penuh sindiran.

Katanya lagi, jika tahun lepas Muhyiddin dijulang dan didendang semasa PAU walaupun keras mengkritik sikap mereka yang ada dalam parti itu, tetapi kali ini keadaan telah berubah.

Bagi Ku Seman, apa yang berlaku itulah realiti dalam UMNO.

“Muhyiddin kena mencari pentas lain, pendekatan lain dan khalayak lain kerana bukan semua orang UMNO telah termakan nasi kangkang. Banyak yang ada prinsip dan kenal agama. Banyak yang tidak buta membaca semiotik yang kerapkali ditayangkan di depan mereka.

“Maknanya banyak orang UMNO yang mahu hidup secara bermaruah dengan menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak amanah. Mereka inilah yang akan bersama-sama Muhyiddin, ”tulisnya.

Tiada ulasan: