Jumaat, 27 November 2015

‘Kami hormati keputusan Dun Sabah’

SINAR HARIAN


Tian Chua
Tian Chua


KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini berkata beliau menghormati keputusan Persidangan Dun Sabah melarang beliau dan rakan sejawatan dalam parti, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu.

Larangan tersebut berhubung dengan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel H.Kiranm, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III di Filipina.

"Kami tidak sangsi lagi untuk menghormati (keputusan) kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengharamkan kami daripada memasuki (negeri-negeri itu) kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah sahkan ke Bukit Aman 4 petang esok]

Ahli Parlimen Batu, bagaimanapun, berkata larangan itu sepatut dilakukan berdasarkan perlindungan keselamatan dan keamanan rakyat Sabah dan bukan bergantung kepada tohmahan dan dakwaan oleh sesetengah individu.

Persidangan Dun Sabah hari ini meluluskan usul khas melarang kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu daripada memasuki negeri itu susulan pertemuan kontroversi dengan Jacel. 

Jacel telah memuat naik empat keping gambar mengenai pertemuan 9 November itu di akaun Facebooknya, sekali gus mengundang kemarahan pelbagai pihak di negara ini.

Tian Chua berkata beliau dan 'tunggu dan lihat'sama ada beliau juga akan dipanggil oleh polis untuk siasatan lanjut selepas mereka meminta Nurul Izzah memberi kenyataan petang esok.  - Bernama


Tiada ulasan: