Sabtu, 14 November 2015

Jerebu 'skala kecil' kembali Februari depan

MALAYSIAKINI





Jerebu akan kembali pada Febuari tahun depan tetapi bukan dalam skala yang besar, kata menteri perhutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar.

"Dalam minggu ketiga bulan Februari, jerebu akan muncul lagi, dan ia tidak akan terhenti.

“Kami akan menyediakan sistem amaran awal dan meningkatkan hubungan kami dengan pemegang konsesi swasta.

"Sebelum ini ia tidak pernah dibuat,” beliau dilaporkan sebagai berkata oleh Reuters.

Siti Nurbaya turut menyifatkan aktiviti pembakaran hutan yang menyebabkan jerebu sehingga ke Malaysia dan Singapura sebagai jenayah kemanusiaan.

Siti Nurbaya juga dilaporkan berkata kerajaan republik itu akan menambah bilangan anggota bomba dan peralatan memadam kebakaran.



Tiada ulasan: