Selasa, 24 November 2015

Kerajaan tanggung kos kenaikan ubat

FREE MALAYSIA TODAY


Kementerian Kesihatan dalam jawapannya di Dewan Rakyat menjelaskan pesakit yang datang ke hospital dan klinik kerajaan tidak perlu membayar kos ubatan.


ubat


KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga ubat-ubatan di hospital dan klinik kerajaan tidak timbul kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Kementerian Kesihatan, dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat, menjelaskan pesakit yang datang ke hospital dan klinik kerajaan tidak perlu membayar kos ubatan.

“Dalam sektor kerajaan, peningkatan kos perubatan akan melibatkan kerajaan dan bukan pesakit,” petik jawapan itu.

Kementerian itu menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan tiada peningkatan bagi kos ubatan di hospital dan klinik kerajaan.

Kebelakangan ini kebimbangan disuarakan oleh banyak pihak bahawa kemungkinan harga ubat-ubatan akan meningkat sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).– BERNAMA

Tiada ulasan: