Ahad, 1 November 2015

Format berita Mandarin RTM dipinda lepas 'hukuman' ditarik

MALAYSIAKINI

 


Berita Mandarin di stesyen berita RTM kembali normal seperti sediakala.

Program berita mereka tengahari ini, berita visual termasuk kapsyen berbahasa Cina berserta tajuk utama dikembalikan.

Bagaimanapun terdapat sedikit perubahan kecil dalam program berkenaan.

Pembaca berita kini membaca kini duduk di tengah skrin dan tidak lagi memasukkan paparan slaid berita yang sedang dibaca.

Perubahan ini hadir selepas arahan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk mengembalikan berita Mandarin kepada ‘format asal’ semalam.

Sejak tiga hari lalu, pembaca berita Mandarin terpaksa menyampaikan berita tanpa sebarang visual sokongan kononnya satu 'hukuman' yang dikenakan oleh pihak pengurusan RTM kerana menyiarkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama hiasan grafik berkaitan 1MDB yang dikatakan tidak sesuai.

Gambar itu dipaparkan apabila pembaca berita RTM Mandarin melaporkan kejayaan Najib berjaya dalam tuntutan mahkamah berkaitan saman PKR terhadapnya kerana didakwa melanggar peraturan perbelanjaan pilihan raya umum.

Tiada ulasan: