Isnin, 16 November 2015

DAP Selangor rancang rampas 8 kerusi Pas

 
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyampaikan hasratnya untuk bertanding di DUN Taman Templer yang dimiliki Pas sebagai salah satu daripada lapan kerusi tersebut.


tonny-pua_pas_dap_600


SELAYANG: Penubuhan pusat khidmat komuniti DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer digambarkan sebagai indikasi serius bahawa parti itu akan bertanding di kerusi milik Pas.

Malah, difahamkan bahawa DAP Selangor sudahpun membuat pengesahan awal untuk bertanding di lapan kerusi DUN milik Pas.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyampaikan hasratnya untuk bertanding di DUN Taman Templer yang dimiliki Pas sebagai salah satu daripada lapan kerusi tersebut.

“Keputusan untuk bertanding di kawasan itu belum diputuskan secara rasmi memandangkan keputusan terakhir akan dilakukan bersama sekutu baharu kami dalam Pakatan Harapan yang tidak disertai Pas.

“Kita akan berbincang bersama rakan seperjuangan kami dalam Pakatan Harapan dan siapa yang dipilih untuk bertanding di bawah nama Pakatan Harapan, kami akan beri sokongan penuh,” kata Tony Pua.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan negeri untuk membuat keputusan.

“Itu (bertanding di kawasan Pas) biar Tony Pua yang jelaskan sebab dia pengerusi negeri dan kami menyokongnya,” katanya.

Kedua-dua pemimpin tersebut berkata demikian semasa menghadiri majlis perasmian Pusat Khidmat Komuniti DAP Taman Templer pada Isnin.

Tiada ulasan: