Ahad, 29 November 2015

“Dah Izzah cantik, memang lah orang nak bergambar”

KEADILAN DAILY


SHAH ALAM: Isu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bergambar denga anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram di Filipina baru-baru ini tidaklah menghairankan, kata Pengerusi Biro Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail.

Siti-AisyahKatanya, ini kerana Izzah memiliki keperibadian dan rupa paras cantik dan mampu menarik minat orang sekeliling merakamkan gambar kenangan bersama anak sulung Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu.

“Dah memang Nurul Izzah cantik memanglah orang berminat nak bergambar dengan dia. Lainlah kalau Najib tetapi Datuk Azlina tak boleh faham mengenai perkara ini,” kata Siti Aishah semasa sesi perbahasan pada Kongres Nasional Tahunan kali ke-11 KEADILAN di IDCC di sini, hari ini.

Kata-kata Siti Aishah yang mencuit hati itu menyebabkan suasana dalam dewan yang masih dipenuhi perwakilan gamat dengan gelak ketawa, lapor portal Selangorku.com

Siti Aishah turut melahirkan kehairanan dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang gagal memahami situasi yang berlaku.

IzzahSebelum itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua memberitahu kejadian bergambar dengan Jacel yang berlaku dalam lawatan ke Filipina itu terjadi selepas beliau dan Izzah tidak menyedari siapakah individu yang dijemput dalam pertemuan melibatkan beberapa individu dan organisasi di negara terbabit.

Nurul Izzah turut memfailkan saman terhadap beberapa individu lain yang mengaitkan gambar beliau itu dengan pembabitan pengganas bersenjata Sulu

Tiada ulasan: