Khamis, 26 November 2015

Buat laporan polis, kata timbalan menteri

Kow Gah Chie





Adik Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh perlu membuat laporan polis mengenai maklumat yang terkandung dalam pen drive, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Oleh kerana dia (Charles Suresh Morais) buat dakwaan itu, pergi (buat) laporan polis,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

"Polis akan siasat," katanya.

Dalam akuan sumpah berkanun (SD), Charles mendakwa pen drive itu dihantar oleh abangnya sebelum beliau dilaporkan hilang dan kemudiannya dijumpai mati.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam SD itu, semalam.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga meminta adik mendiang TPP itu supaya menyerahkan pen drive berhubung siasatan itu sebelum pembunuhannya.

"Saya cadangkan dia kongsi maklumat dengan kami supaya tindakan yang dapat diambil.

"Kita tidak boleh bertindak jika kita tidak mempunyai maklumat mengenai rahsia Kevin,” katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Tiada ulasan: