Jumaat, 20 November 2015

ADUN PKR menangis kerajaan negeri gagal jawab masalah

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



GEORGE TOWN: Seorang ADUN PKR Pulau Pinang hari menangis selepas gagal mendapatkan jawapan daripada kerajaan pimpinan DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) terhadap masalah dihadapi rakyat di DUN Penanti yang beliau bangkitkan.

Norlela Ariffin telah bertanya dengan Exco bagi Pembangunan Pelancongan Law Heng Kiang (Batu Lanchang-DAP) mengenai infrastruktur untuk projek inap desa di Penanti ketika ahli Exco itu menyampaikan ucapan penggulungannya.

“DAP dikatakan sebuah parti demokratik sosial yang prihatin... Saya bercakap selama sejam dan hanya Padang Kota mendengar masalah saya,” katanya merujuk kepada Ahli Exco bagi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Kawalan Banjir, Chow Kon Yeow.

Law berkata, kerajaan negeri sudah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengalakkan program inap desa seperti mengadakan bengkel, pertandingan dan karnival tetapi Norlela kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

Beliau mengadu, beliau menunggu ucapan penggulungan bagi jawapan terhadap masalah beliau bangkitkan dihadapi DUN Penanti yang termasuk kekurangan infrastruktur untuk jalan, kilang haram, kekurangan jeti sesuai untuk nelayan serta infrastruktur untuk program inap desa.

“Saya tidak mendapat jawapan untuk isu-isu yang membabitkan penduduk luar bandar. Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri enggan faham atau mendengar,” tambah beliau sebelum menangis.

Beliau juga mengingatkan Penanti terletak di dalam Permatang Pauh, kawasan yang dipertahankan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang hidupnya.

ADUN Barisan Nasional, Datuk Roslan Saidin kemudian mencelah dengan berkata, DUN-nya di Pinang Tunggal juga menghadapi masalah yang sama.

“Kami kasihan dengan beliau kerana kami juga menghadapi masalah sama kerana isu kami bangkitkan tidak mendapat perhatian dan kini pihak di sebelah sana juga menyuarakan perkara sama,” tambahnya.

Pembabitan beliau mencetuskan keadaan panas di antara beliau dan beberapa penyokong kerajaan dari Pakatan Harapan.

Timbalan Speaker Datuk Maktar Shapee gagal untuk mengawal keadaan selama lima minit.

Mereka akhir duduk apabila Law bangkit untuk meneruskan ucapannya.

Tiada ulasan: