Isnin, 5 Oktober 2015

Wan Junaidi: Tak adil banding API dengan PSI

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic


KUCHING: Perbezaan ketara bacaan di antara Indeks Pencemaran Udara (API) dan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) yang masing-masing dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapura tidak wajar diperbandingkan secara setara.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kerajaan Singapura menggunakan sistem penanda aras berdasarkan ‘particulate matter’ (PM) 2.5 sejak pertengahan tahun lalu manakala Malaysia menggunakan ukuran PM10.

“Sistem penanda aras universal kita digunakan dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diterima oleh semua negara di dunia. Hanya Singapura dalam seluruh Asean yang menggunakan ukuran PM2.5,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan konvo Kolej Komuniti Sarawak di Dewan Hikmah di sini semalam.

Secara mudah, nilai PSI 398 berdasarkan PM2.5 adalah bersamaan dengan bacaan 216 pada ukuran PM10.

Wan Junaidi juga berkata bagi PM10 untuk mencecah paras berbahaya, API perlu berada pada 200 ke atas manakala bagi bacaan berdasarkan PM2.5 ia perlu pada 300.

Tiada ulasan: