Isnin, 5 Oktober 2015

Tujuh pemimpin Umno kini sedang dipantau

logo umno


KUALA LUMPUR - Umno sedang memantau tujuh pemimpin parti Melayu itu sebelum dirujuk ke Lembaga Disiplin susulan tindakan dan kenyataan mereka yang didakwa merugikan parti pemerintah itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya menilai kes mereka sebelum kertas siasatan dibuka dan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno.

"Kita ada tujuh pemimpin yang sedang dipantau, kalau kita tengok perlu diambil tindakan, kita akan hantar kertas siasatan ke Lembaga Disiplin kerana itu tugas mereka.

"Macam juga Saifuddin," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Projek RUMAHWIP Residensi KepongMas, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan: 'Dia pula soal kita, tak gila kaaa']

Beliau mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghasut ahli Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka dalam satu perjumpaan parti itu, minggu lalu.

Pada perjumpaan itu, Dr Mahathir turut menghasut ahli Umno supaya tidak mengundi Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasannya, Pekan Pahang sebagai satu cara untuk menurunkannya dari jawatan Perdana Menteri.

Sebaliknya, Dr Mahathir mahu ahli Umno juga terus mengundi dan memenangkan parti itu pada PRU14 akan datang.

Tiada ulasan: