Isnin, 5 Oktober 2015

Tiada salahnya contohi teknologi bacaan IPU Singapura, kata TPM

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tiada salahnya jika Malaysia mengikut bacaan parameter pencemaran udara Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sambil menekankan ego perlu diketepikan kerana keadaan jerebu bertambah buruk di negara ini.
 
"Kita boleh mendapatkan peralatan baru. Tetapi sehingga kita melaksanakan bacaan dengan peralatan yang baru, kita sekurang-kurangnya boleh mengikut garis panduan (Singapura)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program TV baru yang dikenali sebagai "U-Turn" di stesen TV Al-Hijrah di Kuala Lumpur hari ini.
 
Dilaporkan indeks pencemaran udara (IPU) sudah melebihi 300 di ibu negeri Selangor, Shah Alam hari ini, menunjukkan tahap "berbahaya”.
 
Ketika beberapa negara termasuk Singapura dan Indonesia mengira ukuran zarah sebanyak 2.5 mikron atau PM2.5, Malaysia dilaporkan masih mengukur ukuran zarah pada 10 mikron atau PM10.
 
"Jika jiran mempunyai teknologi lebih baik, kita perlu menggunakannya. Tidak perlu untuk ego dalam perkara-perkara seperti ini," katanya.
 
Singapura mempunyai parameter ke-6 dalam mengukur pencemaran udara, cara yang lebih halus untuk mengukur kualiti udara berbanding di Malaysia.
 
Tahap bacaam berbeza menyebabkan dakwaan Malaysia menurunkan indeks IPU, yang dinafikan kerajaan.
 
Zahid berkata terdapat juga keperluan merumuskan "penyelesaian jangka panjang" dengan negara jiran Indonesia, di mana jerebu dipercayai berpunca.
 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar sebelum ini berkata, bacaan IPU Malaysia masih selaras dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 


Tiada ulasan: