shahbudindotcom
Tanpa
berselindung dan secara berterus terang, bekas Perdana Menteri, Tun
Mahathir Mohamad berkata, kehadirannya dalam majlis hi-tea anjuran UMNO
Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka adalah untuk menghasut semua orang.
Hari
ini, saya mengaku datang ke sini adalah untuk menghasut semua orang.
Kita tidak perlu takut walaupun berada di bawah pemerintahan yang
menakutkan, katanya di hadapan kira-kira 500 yang hadir di majlis itu.
Lantaran
itu, selain meneruskan serangannya dengan menyifatkan kepimpinan Najib
Razak sebagai zalim dan menghantar orang pergi menunaikan haji dengan
duit curi, Tun Mahathir juga menghuraikan bagaimana untuk menyingkirkan
Najib daripada jawatannya.
Menurut
Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat, menakutkan serta
menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan tugas menyiasat
dirinya.
Katanya,
Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur berikutan
bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya.
Sehubungan
itu, tambahnya, jika Najib kekal lagi sehingga pilihanraya akan datang,
beliau perlu dikalahkan di kawasan pilihanrayanya di Pekan tetapi dalam
masa yang sama memastikan UMNO terus menang dalam pilihanraya.
Bagi
Tun Mahathir, perkara itu tidak mustahil mampu dilakukan memandangkan
Najib pernah menang dengan hanya 241 undi saja pada pilihanraya tahun
1999
Beliau
seterusnya mahu pengundi Pekan menjadi lebih bijak dengan mengutamakan
kepentingan negara serta menolak sebarang bentuk wang tunai yang cuba
diberikan oleh Najib kepada mereka.
Selain itu, beliau juga mengajak agar tekanan massa terus dipertingkatkan terhadap Najib.
Katanya, Najib perlu disingkirkan tetapi mesti lebih ramai yang berani bersuara dan "saya tetap nak lihat Najib letak jawatan."
Apabila
Khairuddin seorang yang membuat laporan polis, tentulah dia akan
menjadi mangsa...cuba 1,000 atau 100 ribu membuat perkara yang sama,
Timbalan Pendakwa Raya pun sukar mahu mendakwa. Kalau mahu dipenjara
pula, berapa lama mahu disimpan orang seramai itu, jelasnya lagi.
Tun
Mahathir juga mendedahkan undang-undang Sosma yang sedang dikenakan
kepada Khairuddin adalah suatu undang-undang yang boleh membawa
seseorang itu dipenjarakan seumur hidup.
Apabila
Khairuddin ditahan dibawah Sosma, saya baca undang-undang itu dan
mendapati pesalahnya boleh dipenjara seumur hidup. ISA pun tak seteruk
itu.
Apa dianya Sosma ini...source dari Ma (Rosmah), katanya sambil disambut ketawa para hadirin.
Secara
keseluruhannya, majlis hi-tea anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman
Cempaka amat berjaya dengan dewan penuh orangramai yang mahu mendengar
ucapan daripada Tun Mahathir meskipun mereka perlu membayar RM80 untuk
menghadirinya.
Dengan
semangat yang dipercikkan oleh Tun Mahathir melalui kata-katanya, sudah
mula terdengar ura-ura lebih banyak majlis seperti ini akan diadakan di
bandar-bandar lain di seluruh negara selepas ini.
Beberapa
hadirin dari pelbagai negeri yang hadir secara terbuka menyatakan mahu
membawa Tun Mahathir ke negeri mereka pula untuk tujuan meneruskan
tekanan dan memaksa pengunduran Najib daripada jawatannya.
Selepas
mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya berkaitan 1MDB,
wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta pasaran saham boleh
dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata yakin apa yang berlaku
sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah menjadi masalah kepada
negara.
Sebahagian hadirin yang hadir untuk mendengar ucapan Tun Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan