Isnin, 19 Oktober 2015

Putrajaya cuba halang semua soalan 1MDB, kata pembangkang




Terdapat cubaan menolak semua soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diajukan untuk sesi soal jawab di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.Terdapat cubaan menolak semua soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diajukan untuk sesi soal jawab di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli Parlimen pembangkang mendakwa terdapat cubaan menolak semua soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diajukan mereka untuk sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, mereka menghantar banyak soalan mengenai syarikat tersebut yang didakwa terbabit dengan skandal mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, katanya, ia ditolak tanpa sebarang alasan.

"Ini konsisten dengan cubaan untuk memadamkan soalan 1MDB. Ini yang kita risaukan,” kata pemimpin Parti Amanah Negara itu di lobi Parlimen, hari ini. 
 
Beliau berkata, dalam soalan lisannya, Kamarul bertanya kerajaan adakah benar mereka menggunakan pendapatan daripada minyak dan gas Terengganu sebagai pajakan kepada Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya.

Namun soalan itu ditolak atas alasan ia di bawah urusan kerajaan negeri.

TIA, pelopor kepada 1MDB, ditubuhkan pada 2008 untuk menguruskan dan melabur royalti daripada sumber petroleum di negeri itu.

Ia disusun semula menjadi 1MDB pada 2009 selepas Najib menjadi perdana menteri pada tahun itu.

Sementara itu, ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen (PKR) juga mendakwa soalan beliau juga ditolak dengan alasan yang boleh dipertikaikan.

Beliau dalam soalan lisannya bertanyakan mengenai skandal membabitkan  Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), terutama berhubung derma RM190 juta daripada Genting Group.

Menolak soalan tersebut, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan kedudukan menteri.

Genting sebelum ini didakwa menyalurkan derma kepada akaun peribadi YR1M, sebuah projek di bawah Najib.

Manakala, ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Loong turut membidas keputusan Dewan yang menolak soalan lisannya atas alasan siasatan sedang dijalankan, mengatakan ia tidak boleh diterima.

“Parlimen sepatutnya menjadi sebuah badan bebas. Ia sepatutnya menjadi sebuah badan bebas daripada eksekutif,” kata wakil rakyat PKR itu.

Beliau mendakwa 3 soalannya ditolak, termasuk yang membabitkan pengesahan sama ada Jabatan Peguam Negara menghubungi kerajaan Amerika Syarikat berhubung siasatan FBI terhadap perdana menteri seperti dilapor The New York Times.


Tiada ulasan: