KUALA LUMPUR,  Penamatan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada pelajar Universiti Taylor tiada kaitan dengan keputusan pihak universiti yang menamatkan kontrak dengan pengendali syarikat bas yang terlibat di dalam Perhimpunan Baju Merah yang lalu.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Ismail Yaakob menyatakan ‘tidak’ dengan bangga terhadap dakwaan itu.

“Untuk makluman YB, keputusan itu tiada kaitan dengan penamatan kontrak pengendali syarikat bas terbabit,” katanya.

Ismail bagaimanapun menepis soalan-soalan lain yang diajukan oleh Kok berkenaan penamatan kontrak itu, dengan berkata biasiswa yang disediakan untuk pelajar sekolah swasta adalah berdasarkan keperluan semasa.

“Tajaan biasiswa yang sedia ada iaitu seramai 521 pelajar akan diteruskan. Ini adalah bagi mereka yang menjalani pengajian di dalam pelbagai bidang dan peringkat.

Pada 21 September lalu, Ismail telah mengumumkan penamatan tajaan di mana akan menjejaskan pelajar yang mendaftar dalam pengambilan yang seterusnya ke Universiti.

Ini menyebabkan khabar angin yang mengatakan bahawa tajaan biasiswa dihentikan kerana penamatan kontrak pengendali syarikat bas yang menggunakan logo universiti itu untuk membawa penyokong ke perhimpunan baju merah, ‘Himpunan Rakyat Bersatu’.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis yang lain, Ismail berkata bahawa pada tahun 2012, MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) telah membayar sejumlah AUD64.4 juta bagi keseluruhan saham Trushcross.

Pembelian saham berkenaan dibuat bagi mendapatkan pemilikan penuh ke atas Dudley International House dan 746, Swanston Street.

“Pembelian ini telah dilakukan mengikut peraturan perolehan kerajaan di mana kelulusan diperolehi di pelbagai peringkat,” katanya.