KUALA LUMPUR,  Seorang pegawai penyiasat syarikat insurans yang dilaporkan hilang Khamis lalu ditemui maut dalam longkang di Kilometer 0.1 Lebuhraya Duke, pagi tadi.

Mayat lelaki yang dikenali sebagai Danish Millan Sarath, 30 ditemui peronda lebuh raya kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, siasatan awal mendapati mayat mangsa dipercayai mati melebihi dua hari lalu kerana keadaan mayat yang sudah mula reput.

Menurutnya, polis menemui sebuah jam tangan jenama Esprit, kad akses dan kasut sebelah termasuk sekeping kad pengenalan  kiri dipercayai milik mangsa.

“Mangsa yang beralamat di Jalan Genting Klang dilaporkan hilang Khamis lalu dan ianya dilaporkan.di Sri Hartamas.

“Siasatan mendapati mangsa sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak berusia empat dan lima tahun,” katanya.

Menurutnya, mangsa bekerja di sebuah firma edjuster di Hartamas.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Munusamy berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut sementara laporan bedah siasat dikeluarkan.