Selasa, 6 Oktober 2015

Najib beri Ling tujuh hari untuk mohon maaf atau hadapi saman

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tempoh tujuh hari diberikan kepada bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik untuk memohon maaf terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang selepas memfitnahnya menyalahgunakan dana pelaburan awam untuk tujuan peribadi.
 
Menurut peguam yang mewakili Najib, Datuk Hafarizam Harun, tindakan itu diambil atas kapasiti peribadi perdana menteri tersebut.
 
Surat tuntutan maaf dihantar kepada Ling melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
 
“Kenyataan itu juga membawa maksud anak guam kami menyalahgunakan amanah yang diberikan rakyat Malaysia dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi syarikat pelaburan negara, 1MDB dan juga sebagai pemimpin negara.
 
“Ia juga membawa maksud anak guam kami tidak cekap, terlibat dalam skandal kewangan untuk menipu rakyat Malaysia serta tidak layak menjadi pengerusi Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 13 parti politik termasuk MCA,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi.
 
Ling didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah itu dalam laporan media “MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket” dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
 
Ling juga mengeluarkan pendapat yang senada dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Najib untuk berundur.
 
“Arahan anak guam kami ialah anda dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan tidak benar dan fitnah, hingga mencemarkan reputasi anak guam kami di dalam dan luar negara,” kata Hafarizam lagi.
 
 

Tiada ulasan: