Ahad, 4 Oktober 2015

KPN nafi FBI siasat Najib

 
Polis tidak menerima sebarang makluman mengenai perkara berkenaan


khalid-abu-bakar_najib_600


PETALING JAYA: Polis menyangkal dakwaan kononnya Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat telah memulakan siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB.

Penafian itu dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang merujuk kepada sebuah artikel yang disebarkan di media sosial.

“Saya merujuk kepada beberapa artikel yang disebarkan di dalam media sosial yang mendakwa pihak FBI telah memulakan siasatan ke atas 1MDB dan Perdana Menteri.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menerima sebarang pemakluman berhubung siasatan yang dijalankan oleh pihak FBI.

“Agensi terbabit juga tidak memohon untuk mendapatkan sebarang bentuk bantuan daripada PDRM berhubung perkara yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Khalid turut menasihatkan pihak yang ingin mendapatkan pengesahan berkaitan perkara berkenaan supaya berhubung terus dengan FBI di Washington sebelum menerima berita yang disebarkan di media sosial.

Tiada ulasan: