Jumaat, 30 Oktober 2015

KKM jamin ubatan dan vaksin di Malaysia halal

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KLANG: Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit di negara ini adalah halal serta selamat digunakan, lapor Bernama.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata alasan sesetengah ibu bapa memilih menolak vaksin untuk anak mereka berdasarkan dakwaan bahawa suntikan yang diberi haram dan mengandungi Deoxyribonucleic Acid' (DNA) babi, adalah tidak berasas.
 
"Pihak kementerian tidak mewajibkan pemberian vaksin tetapi kami menggalakkan ibu bapa memberi vaksin ini kepada anak mereka kerana ia telah terbukti berjaya mengurangkan kadar kematian bayi," katanya dalam sidang berita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hari Penyelidikan Selangor di sini, Khamis.
 
Turut hadir Pengarah Kesihatan Selangor Dr S. Balachandran dan Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming.
 
Dr Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gerakan antivaksin yang semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa muda di negara ini.
 
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya sebelum ini dilaporkan berkata berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan daripada data klinik kesihatan, bilangan kes ibu bapa menolak pemberian vaksin untuk bayi mereka  telah meningkat daripada 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga Mei lepas.
 
Dr Hilmi berkata kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas di mana bilangan kes penyakit campak meningkat daripada 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September lepas, manakala penyakit batuk kokol bertambah dari 497 kes pada 2014 kepada 655 kes tahun ini.
 
Sementara itu, mengulas mengenai kes demam kepialu, Dr Noor Hisham berkata sejak Ogos lepas sehingga hari ini, sebanyak 59 kes telah direkodkan.
 
Justeru itu, beliau menasihatkan pengendali makanan supaya menitikberatkan kebersihan ketika menyediakan makanan, selain menyarankan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan hanya memilih kedai makanan yang bersih.
 
 

1 ulasan:

Ibu.Karina Safah berkata...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih