Rabu, 28 Oktober 2015

Kenduri kesyukuran jika Tun M keluar UMNO

 
Jika Tun M keluar UMNO akan memudahkan serangan balas dilakukan oleh ahli parti bagi mempertahankan kerajaan kerana beliau menjadi musuh sepenuh masa.


jamal,mahathir


PETALING JAYA: Ahli UMNO seluruh negara perlu membuat kenduri kesyukuran sekiranya mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti.

Katua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata, jika Dr Mahathir mengambil keputusan keluar parti, maka ia memudahkan kerja parti menyerang bekas Perdana Menteri kerana beliau akan dianggap musuh sepenuh masa.

“Apabila (dia) Dr Mahathir berada dalam UMNO dan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan parti sudah pasti kami teragak-agak untuk mengeluarkan kenyataan balas.

“Tetapi jika dia keluar parti, saya rasa orang-orang UMNO perlu membuat kenduri kesyukuran,” katanya kepada FMT.

Jamal berkata, jika Dr Mahathir enggan bertaubat maka parti perlu menyingkirkan beliau kerana menjadi menjadi duri dalam daging dan boleh menghancurkan UMNO.

“Kalau tidak bertaubat dan enggan bersama perjuangan kerajaan, saya gesa dia keluar parti dan menyertai parti DAP,” katanya.

Tiada ulasan: