Rabu, 7 Oktober 2015

Isu Kadar Pengangguran di Malaysia. Terkini 200,000 Menganggur. Faktor dan Punca Masalah?

BERITA SEMASA
 
 
Isu Kadar Pengangguran di Malaysia. Terkini 200,000 Menganggur. Faktor dan Punca Masalah?

Dunia hari ini semakin mencabar. Masuk sahaja pengajian sudah ada tanggungan hutang, RN20 ribu, RM40 ribu, RM90 ribu untuk menerus pengajian yang lebih tinggi.

Dengan lambakan IPTS yang ada di Malaysia, di mana terbitnya ayat-ayat pemasaran supaya jangan risau dengan keputusan rendah masing-masing di corong-corong radio, di mana segala akan selesai selepas anda bersetuju untuk mengambil pinjaman pendidikan.

Berita Semasa perhatikan tiada kawalan permintaan pekerjaan dan industri daripada pihak kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini menyebabkan berlakunya lambakan beberapa kolej-kolej swasta, IPTS dan juga IPTA yang menawarkan kursus-kursus yang kurang relevan pada masa kini pun diambil juga, melihatkan jumlah graduan yang keluar pada setiap tahun. Sehingga ada mentaliti hari ini….

pengangguran di malaysia
  • Biarlah masuk kursus apapun, asalkan masuk universiti.
  • Jikalau tidak nak cakap dan menjawap apa dengan orang kampung, makcik pakcik dan sebagainya….
Terkini dan saban tahun kita akan terus melihatkan statistik pengangguran di Malaysia di mana direkodkan sejumlah 200,000 graduan sudah termasuk dalam kumpulan pengangguran di Malaysia. Nanti dahulu, 200,000 graduan ini belum dicampur lagi dengan jumlah graduan yang menamatkan pengajian mereka tahun ini. Agak-agak berapa selepas itu? Adakah kerabat dan saudara mara termasuk dalam kumpulan ini?

 

Faktor dan Punca Masalah Pengangguran di Malaysia?

Masalah ekonomi akan datang ekonomi dalam kitaran ekonomi hari ini. Tetapi jikalau daripada sekarang kerajaan tidak melakukan kajian yang terpinci berkaitan pasaran pekerjaan sebagai rujukan kepada pengambilan pelajar di di peringkat yang lebih tinggi, kita akan terus didendangkan dengan lagu masalah seperti ini setiap tahun.

P/S : Book smart is not the same as street smart.

PP/S : Veteran-veteran semua tidak kasihan dengan nasib anak-anak kita dan pelajar yang menganggur ini? Berapa lama lagi mahu duduk di kerusi empuk itu di sektor awam itu?


Tiada ulasan: