Isnin, 19 Oktober 2015

Hassan Arifin Pengerusi PAC baru

 
Pemilihan Ahli Parlimen Rompin itu telah dipersetujui sebahagian besar Ahli Parlimen


hassan,pac


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hassan Ariffin telah dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Pemilihan itu dibuat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyandangnya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) yang telah dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Usul menamakan Hasan bagi menjawat jawatan tersebut dibaca oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pada sesi pagi Dewan Rakyat yang berlangsung pada hari pertama hari ini.

Ia kemudiannya dipersetujui oleh majoriti Ahli Parlimen yang hadir pada sidang sebelah petang.

Sebelum ini, perbahasannya sedikit kecoh selepas dipertikai Ahli Parlimen pembangkang.

Walaupun Rompin (Hassan) baru dalam Dewan Rakyat, tetapi beliau merupakan seorang yang berpengalaman kerana pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang selain pernah menjadi exco di Pahang sebelum ini,” kata Azalina ketika membahaskan usul berkenaan.

Tiada ulasan: