Isnin, 19 Oktober 2015

Duit habis ratus juta tapi meriam tak boleh tembak, jet tak boleh terbang

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan disaran mengambil tindakan dalam Belanjawan 2016 yang dibentangkan nanti bagi mengelakkan aset pertahanan negara bernilai ratusan juta ringgit tersadai begitu sahaja.

Ahli Parlimen Lumut, Imran Abd Hamid (PKR), berkata sebelum ini banyak aset pertahanan negara tidak boleh berfungsi berikutan tidak diselenggara dengan baik.

imran abdul hamid forum mac 31 01“Kita tak mahu lagi duit habis tetapi meriam tak boleh dioperasikan atau dengan perkataan lain tak boleh tembak oleh kerana reka bentuk yang kita terima.

“Tahun lepas dah dirancangkan dan saya harap sistem baru dipasangkan di kapal yang dimaksudkan.

“Ini bukan saja berlaku di Tentera Laut tetapi begitu juga dengan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” kata beliau ketika ditemui Selangor Kini di lobi Parlimen di sini hari ini.

Jelasnya, semasa masih berkhidmat sebagai Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau sendiri pernah melihat meriam Howitzer 155mm milik Tentera Darat tidak boleh beroperasi dalam lawatan di sebuah kem artileri di Gemas.

“Kita sangat tak berpuas hati dengan perkara ini dan kita juga ada jet pejuang tetapi tidak dapat dioperasikan akibat kegagalan mengurus aset,” katanya.EZY


Tiada ulasan: