Isnin, 19 Oktober 2015

Adakah kerajaan berani menahan Jho Low? – Guan Eng

 
Pembangkang mahu memastikan sumber kewangan negara tidak dicuri atau dirompak oleh orang tidak bertanggungjawab.


lim-guan-eng,jho-low,1MDB


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan persoalan adakah kerajaan berani untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam kerajaan berhubung dakwaan salah urus tadbir 1MDB.

“Adakah kerajaan berani mengambil tindakan terhadap (jutawan) Jho Low atau sesiapa yang lebih tinggi daripada dia? Adakah kerajaan berani ambil tindakan atau tidak?” soal Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menimbulkan persoalan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul pelantikan Datuk Hasan Ariffin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Usul pelantikan Hasan sebagai Pengerusi PAC yang baharu telah diluluskan dewan.

Azalina berkata, Hasan akan meneruskan siasatan terhadap 1MDB yang tertangguh selepas Datuk Jazlan Mohamed dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri.

“Untuk kes besar seperti 1MDB, ia mesti diselesaikan dengan segera kerana rakyat berpendapat kerajaan cuba menutup masalah apabila mengambil mudah masalah ini.

“Kami sebagai pembangkang mahu memastikan sumber kewangan negara tidak dicuri atau dirompak oleh orang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Tiada ulasan: