Rabu, 16 September 2015

Zein Isma gelar Tun M lidah bercabang

 
Beliau menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca berlakunya kecelaruan politik di negara ini apabila sering menyerang pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau


zein-isma-ismail_mahathir_600


PETALING JAYA: Perhimpunan Baju Merah tidak seteruk seperti yang digambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail menempelak bekas Perdana Menteri dengan menyifatkan beliau sebagai lidah bercabang.

Ketika dihubungi FMT, Zein mempersoal tindakan Mahathir yang turut serta bersama peserta Bersih 4.0 bulan lalu, sedangkan sewaktu pentadbirannya dia menentang cara itu.

“Tanya Tun Mahathir apa dia cakap ini. Tun Mahathir ini lidah bercabang, masa dia memerintah eloklah dia. Dia juga menghalang sebarang perhimpunan jalanan.

“Kalau iapun nak menyokong pembangkang, dia tidak boleh menggunakan perhimpunan jalanan untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Menurut Zein lagi, apa yang dilakukan orang Melayu pada 16 September bukan kerana dendam terhadap bangsa lain yang menyertai Bersih 4.0, sebaliknya mengajak orang Melayu bersatu untuk mempertahankan hak mereka.

Beliau juga menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca berlakunya kecelaruan politik di negara ini apabila sering menyerang pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau.

“Yang menjadi penyebab berlakukan kecelaruan politik negara kita adalah Tun Mahathir.

“Berapa banyak pemimpin yang diserang Tun Mahathir iaitu, Tun Razak, Tun Hussein,Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim, Tun Abdullah, Datuk Seri Najib,” katanya.

Tiada ulasan: