Isnin, 28 September 2015

Ujian sekolah rendah agama Wilayah Persekutuan ditangguh ke Khamis

THE MALAYSIAN INSIDER



Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Yaakob Abdul Rahim berkata semua sekolah agama yang diselia jabatan itu akan dibuka semula pada Selasa dan tertakluk kepada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan arahan keselamatan dari semasa ke semasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2015. Timbalan Pengarah Operasi Jawi, Yaakob Abdul Rahim berkata semua sekolah agama yang diselia jabatan itu akan dibuka semula pada Selasa dan tertakluk kepada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan arahan keselamatan dari semasa ke semasa. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dan Ujian Penilaian Kelas  KAFA (UPKK) yang dijadualkan bermula esok di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ditangguhkan ke Khamis ini berikutan semua sekolah berkenaan ditutup esok akibat jerebu.
 
 Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Yaakob Abdul Rahim berkata, semua sekolah berkenaan yang diselia jabatan itu, akan dibuka semula pada Selasa dan tertakluk kepada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan arahan keselamatan dari semasa ke semasa.
 
"Penutupan sekolah itu adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran dan kebertanggungjwaban pentadbiran kerajaan di Wilayah Persekutuan terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pendidik dan pengurus sekolah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan mengenai penutupan semua  sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang serta Tanjung Malim di Perak, Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak  esok berikutan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200). – Bernama,


Tiada ulasan: