Ahad, 20 September 2015

Tunggu 'cool down' dulu sebelum runding

Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad
 
 
KLANG - Pas masih belum bersedia untuk proses rundingan mengenai pembentukan pakatan baharu, namun mengakui tiada istilah tutup pintu dalam berpolitik.
 
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tawaran PKR supaya parti pembangkang bekerjasama belum dibincangkan lagi dalam Pas.
 
“Buat masa ini kita perlu ‘cool down’ terlebih dahulu, sebelum ‘settle down’, masih terlalu awal. Saya akui tidak ada parti akan berjaya dalam pilihan raya sekiranya bergerak sendiri. Namun dalam kerjasama itulah akan tercetusnya perbezaan pandangan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Mesra Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) 1.0 di sini, semalam.
 
Katanya, jika setakat untuk tawan Pulau Pinang atau Kelantan sahaja, mungkin satu parti mampu namun sebaliknya di peringkat nasional.
 
Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Iskandar menepis persepsi orang luar yang mengatakan Pas di Selangor ibarat kapal karam.
 
“Kami di Selangor tak rasa pun ada masalah, orang yang pandang kita macam kapal kami dah karam.
 
“Hari ini ahli Pas letak jawatan, esok dah berganti. Kita mungkin banyak perbezaan, InsyaALLAH kita akan terus istiqamah bersama perjuangan Pas,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: