Rabu, 2 September 2015

Tun M 'terpaksa' turun Bersih 4.0

SINAR HARIAN


Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh penyokong di Dataran Merdeka, malam ini. – Foto Sinar Harian


SHAH ALAM - Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Bekas perdana menteri itu juga turut menjelaskan mengapa beliau dilihat hadir ke perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu dan Ahad lalu.

"Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah memihak kepada orang Cina," kata Dr Mahathir dalam perkongsian terbaru di Chedet.cc.

Menurut beliau, segala cara untuk menukar Perdana Menteri mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib.

"Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah.

"Saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti," jelas Dr Mahathir.

Tiada ulasan: