Isnin, 7 September 2015

Speaker: Najib pun tak boleh tolak usul di Parlimen

 
Speaker Dewan Rakyat berkuasa penuh menolak atau menerima usul yang dibawa ke Parlimen.


pandikar-amin


KUALA LUMPUR: Tidak ada mana-mana menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkuasa untuk menolak atau menerima apa-apa usul tanpa kebenaran daripada Speaker Dewan Rakyat.

Menurut Tan Sri Pandikar Amin Mulia, setiap usul yang hendak dibawa ke Parlimen haruslah ditapis oleh beliau sendiri.

“Tidak ada menteri boleh menolak apa-apa…. yang berkuasa mengenai hal usul adalah Speaker.

“Tidak ada termasuk Perdana Menteri. Jadi harus difahamkan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA), pada Isnin.

Sebelum ini, Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata beliau akan memastikan usul undi tidak percaya terhadap Najib tidak berlaku di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, juga menyatakan usul itu tidak perlu dilakukan memandangkan majoriti Ahli Parlimen masih lagi menyokong Najib.

Bagaimanapun, Azalina tampil menafikan membuat kenyataan itu dan mendakwa ia telah diputar belit.

Tiada ulasan: