THE RAKYAT POST
Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan melepaskan para peserta 'Run
For Peace' di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini. -
Foto Bernama
PETALING JAYA, Perhimpunan Bersih 4 dan ‘Himpunan Rakyat
Bersatu’ tidak dianjurkan dengan cara yang betul dan menjejaskan
keamanan dan keharmonian negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Paul Low Seng Kuan berkata di kalangan pemimpin dalam demonstrasi atau
perhimpunan tidak harus memimpin dengan elemen kepentingan diri seperti
ketaksuban agama dan tiada toleransi etnik.
“Bagi perhimpunan baju kuning saya tiada
masalah dengannya, tetapi selain berdemonstrasi untuk ekonomi, keadilan
dan pilihan raya adil, mereka meminta Perdana Menteri meletak jawatan.
Jadi ini merupakan masalah kerana mereka mesti tahu bahawa perdana
menteri dipilih menerusi pilihan raya umum.
“Bagi perhimpunan baju merah, walaupun ia
perhimpunan yang sah, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab
yang telah menimbulkan isu berbaur perkauman menerusi ucapan dan poster
mereka,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan program larian
untuk keamanan “Run For Peace 2015′, di Stadium MBPJ di Kelana Jaya di
sini hari ini.
Acara ‘Run For Peace 2015′ yang
dianjurkan Soka Gakkai Malaysia, sebuah pertubuhan yang berteraskan
keamanan, disertai 20,000 peserta dan bertujuan untuk memberi inspirasi
kepada orang ramai agar mementingkan keamanan dalam masyarakat.
Larian sejauh lapan kilometer itu
menghimpunkan sebanyak 70,000 peserta lagi di 19 lokasi di seluruh
negara termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak, yang telah diadakan sejak
6 September lalu sehingga hari ini tanpa melibatkan sebarang pemberian
pingat atau kategori.
Jelasnya, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bebas daripada perang.
Ini kerana keamanan dan keharmonian yang
dinikmati di sebalik perbezaan agama dan kebudayaan di negara ini hanya
dapat dicapai menerusi teras keadilan sosial, saling menghormati dan
harapan untuk masa depan lebih baik.
“Tidak seperti di negara-negara tertentu,
kita dapat melihat kemusnahan terhadap kehidupan manusia dan keruntuhan
negara. Bagi rakyat terbabit, keamanan hanyalah satu ilusi dan tidak
nampak sebarang penyelesaian,” ujarnya.
Menurutnya, rakyat Malaysia tidak boleh
mengambil mudah semua itu kerana elemen kebencian dan perpecahan jelas
semakin tersebar dalam kalangan penduduk terutamanya di Semenanjung.
1 ulasan:
SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB
Catat Ulasan