Jumaat, 4 September 2015

Punca dan Sebab Najib Razak Tidak Hadir Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC)? Faktor Keselamatan?



Punca dan Sebab Najib Razak Tidak Hadir Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC)? Faktor Keselamatan?

Nah….sekarang ini, 130 buh negara telah menghantar wakil masing-masing di bumi bertuah kita, Kuala Lumpur, mereka berkampung dan berkhemah serta berdiskusi mengenai gejala dan isu rasuah atas nama Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC).

Biasanya acara besar sebegini akan dirasmikan oleh Ketua kerajaan dan kali ini ini giliran Perdana Menteri Malaysia datang merasmikannya.

Najib Razak 

Malangnya, kelibat Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tidak akan kelihatan untuk merasmikan dan menyampaikan ucaptama di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC). Tidak sama sekali.

Eh…kenapa pula? Apa yang sudah berlaku? Kenapa Najib Razak tidak datang dan berdepan dengan hadir dalam Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ini?

Seperti biasa, akan ada alasan yang dikemukan punca dan faktor Najib Razak tidak datang, dan ini diterangkan sendiri oleh Paul Liow Menteri yang akan mewakili Najib Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) kali ini dan menyampaikan ucaptamanya. Katanya :

 

Alasan Paul Liow : Najib Tidak hadir Persidangan Transparency International di KL?

  1. Paul Liow risau dengan penerimaan delegasi yang hadir terhadap Najib Razak termasuk mungkin bersikap dingin
  2. Faktor keselamatan
  3. Bakal berdepan aktivis yang “garang”
  4. Juga bakal berdepan persekitaran persidangan yang “ganas”
Ermmm….tidak sudah-sudah dengan faktor keselamatan. Nampaknya ada 2 acara sekarang ini yang cukup bahaya kepada Najib Razak :
  • Forum Nothing to Hide: Tidak hadir. Faktor: Isu keselamatan
  • Persidangan anti-rasuah sedunia: Tidak hadir. Faktor: Isu keselamatan
Ya….Memang tidak boleh dinafikan 2-2 event itu amatlah merbahaya kepada Najib Razak. Harap maklum.

Hakikatnya, selepas mendengar ucapan daripada Presiden Transparency International, José Ugaz barulah Berita Semasa apa sebab sebenarnya Najib Razak tidak hadir. Ya….memang betul, ucaptama tersebut memang membawa kepada isu keselamatan Najib Razak, tetapi keselamatan “telinga Najib Razak”. Dan ucapan tersenyum menjadi bahan gelak ketawa kepada 1,000 delegasi delegasi yang hadir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Dan kata-kata dan ucapan pedasnya terhadap Malaysia terutamanya berkisar mengenai skandal RM2.6 bilion ini boleh anda semak seperti gambar-gambar yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini :

 

Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) : Ucapan Jose Ugaz Mengenai Malaysia

P/S : Ada peribahasa Melayu mengatakan. “Berani kerana benar takut kerana salah”

PP/S : Kenapa apabila bercakap dengan dengan “anak-anak buah anda” dan orang kampung isu mengenai RM2.6 bilion, begitu bersemangat dan bersorak-sorak, tetapi mengapa takut menikus berdepan dengan masyarakat antarabangsa terutamanya delegasi anti rasuah? Bukankah tempoh hari dilaungkan mempunyai semangat kepahlawanan bugis? Bukanlah lebih gunakan peluang dan pentas ini untuk menyatakan pendirian anda.

PPP/S : Sekali lagi Najib Razak menjadi beban kepada Malaysia sehingga sekali lagi Malaysia menjadi bahan berita di portal berita di seluruh dunia mengenai isu dan skandal RM2.6 bilion ini. Persoalannya sampai bila?

PPPP/S : Fakta yang paling nyata that USD700 million equal to RM2.6 billion sudah masuk dalam private account, orang itu. Dan satu lagi fakta yang paling nyata ialah apabila pasukan yang menyiasat kes 2.6 billion itu dibubar, disiasat, direman, dipecat, ditukarkan dan diberhentikan.

PPPPP/S : RM2.6 bilion derma? Bak kata Mahathir, cakap dengan kambing bolehlah.


Tiada ulasan: