Jumaat, 11 September 2015

Polis nasihat penganjur Perhimpunan Rakyat Bersatu pilih tempat sesuai

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGE TOWN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan penganjur “Perhimpunan Rakyat Bersatu” yang dijadual berlangsung di ibu negara 16 September ini supaya memilih tempat yang bersesuaian demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
 
Beliau berkata polis tidak membenarkan perhimpunan itu di ibu negara atas faktor keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan penduduk warga kota.
 
"Ia akan mengganggu banyak pihak termasuk peniaga, pelancong dan pemandu teksi," katanya pada sidang media selepas istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara sempena ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
 
Sebanyak 136 penerima yang berkhidmat ketika zaman darurat menerima pingat itu di Dewan Sri Pinang di George Town, semalam.
 
Media melaporkan “Himpunan Rakyat Bersatu” dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling di Kuala Lumpur.
 
Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 di sekitar Dataran Merdeka yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Tiada ulasan: