Isnin, 7 September 2015

PKR pertahan hak berhimpun kumpulan anti-BERSIH

MALAYSIAKINI


 


Dalam perkembangan mengejutkan, PKR hari ini menggesa polis supaya tidak menghalang perhimpunan kumpulan anti-BERSIH pada 16 September ini.

Naib presidennya Tian Chua berkata walaupun “jijik” dengan propaganda kumpulan “Baju Merah” itu, mereka juga mempunyai hak untuk berhimpun.

“Biarkan Baju Merah teruskan perhimpunan mereka, mereka juga ada hak yang digariskan oleh undang-undang dan perlembagaan,” katanya dalam siri tweet beliau hari ini.

Anggota parlimen Batu itu juga berkata orang ramai tidak patut ditakut-takutkan dalam hal itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid hari ini melarang perhimpunan di Bukit Bintang dan Jalan Petaling pada Hari Malaysia 6 September ini atas alasan implikasi keselamatan.

Perhimpunan oleh kumpulan aktivis pendesak Melayu itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu yang dikaitkan dengan dominasi Cina serta DAP.

Ia digerakkan oleh pemimpin Umno akar Umno Jamal Md Yunos yang menggunakan platform "Gabungan NGO-NGO Malaysia".

Tiada ulasan: