Ahad, 27 September 2015

PKR masih berharap PAS turut sertai Pakatan Harapan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih mengharapkan PAS akan dapat berkerjasama dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara.
 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perbezaan pendapat antara DAP dan PAS bukan satu perkara baharu, malah berlaku sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.
 
Katanya, PKR akan berfungsi sebagai jambatan kepada DAP dan PAS untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka dan berharap mereka akan dapat berkerjasama dalam satu pasukan.
 
"Kita berharap PAS akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan DAP atas dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu di sini hari ini.
 
Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang turut menolak dakwaan penubuhan Parti Amanah Negara oleh bekas anggota PAS akan mengeruhkan hubungan antara DAP dan PAS.
 
Isnin lepas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP dalam pakatan pembangkang baharu itu.
 
 

Tiada ulasan: