Rabu, 16 September 2015

Peniaga di Petaling Street terjejas teruk

 
Sebahagian yang meneruskan operasi terpaksa menutup awal premis mereka bagi mengelak sebarang kemungkinan akibat perhimpunan Baju Merah


merah,jejas,niaga


KUALA LUMPUR: Beberapa peniaga di Petaling Street meneruskan perniagaan mereka seperti biasa walaupun keadaan lenggang.

Mereka berbuat demikian kerana yakin dengan jaminan keselamatan yang diberikan pihak berkuasa.
Bagaimanapun ketika didekati, peniaga di kawasan berkenaan meluahkan kekecewaan kerana ia tidak seperti cuti umum sebelum ini.

Kali ini tiada pelanggan yang datang.

Sebahagian yang meneruskan operasi terpaksa menutup awal premis mereka bagi mengelak sebarang kemungkinan akibat perhimpunan Baju Merah.

“Kita akan tutup awal perniagaan kami iaitu jam 12 tengah hari nanti.

“Ini kerana kawalan polis di sekitar ini telah menakutkan pelanggan untuk datang ke kedai kami dan perniagaan kami sangat rugi hari ini,” kata peniaga baaju Tan Kee Liong, 43, kepada FMT.

Sementara itu, Penyambut Tetamu Hotel Radius China Town, Julia Shadan, 24, turut kecewa apabila hanya seorang sahaja pelanggan yang menempah bilik di hotel itu.

“Kebanyakan pelanggan yang sudah menempah bilik kami beberapa hari yang lepas telah menukar ke hotel lain.

“Ini kerana mereka bimbang apabila mengetahui akan berlakunya Himpunan Baju Merah di sekitar jalan ini,” katanya.

Dalam pada sama, peniaga sayur di Pasar Petaling Street, Kadir Hussin, 43, turut berkata perniagaannya hari ini telah terjejas.

Katanya, pada hari ini tiada langsung pelanggan yang hadir.

Namun beliau tetap meneruskan perniagaannya seperti biasa kerana ingin mencari rezeki.

“Kita pun mahu hidup, jadi kita buka juga kedai ini.

“Tak ada orang kita tunggu sahaja. Ada beza pelanggan yang datang hari ini dengan semalam,” katanya.

Tiada ulasan: