Ahad, 20 September 2015

Kawasan Bacaan IPU Sihat Meningkat - JAS

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sihat meningkat kepada 10 kawasan pada tengah hari berbanding tujuh kawasan di sebelah pagi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan baharu yang merekodkan bacaan sihat ialah ialah Tanjung Malim (48), Kuching (50) dan Sibu (50).

Tujuh kawasan lain yang mencatat bacaan sihat sebelum ini ialah Institut Latihan Perindustrian Miri (27), Limbang (30), Kapit (31), Sandakan (35), Kota Kinabalu (38), Keningau (41), Miri (42).

Sementara itu 41 kawasan lain mencatat bacaan sederhana dengan Seri Manjung, Perak merekod bacaan tertinggi iaitu 93 sekitar 1 tengah hari.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200  (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tiada ulasan: