Rabu, 16 September 2015

Jamal Yunos rela diludah

 
KPDNKK diberi tempoh seminggu untuk bertindak terhadap peniaga di Petaling Street dan jika gagal, Himpunan Baju Merah 2.0 akan diadakan.


jamal-yunus


KUALA LUMPUR: Datuk Jamal Yunos rela dirinya diludah sekiranya gagal menunaikan janji untuk mengetuai Himpunan Baju Merah 2.0.

Beliau membuat kenyataan berani itu ketika memujuk peserta himpunan bersurai dari parkarangan Petaling Street setelah selesai berbincang dengan pihak polis.

Jamal juga memberi tempoh tujuh hari kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengambil tindakan kepada perniaga di Petaling Street.

“Saya akan buat sidang media Jumaat ini. Kita minta pihak KPDNKK mengambail tindakan terhadap perniaga di Petaling Street.

“Kita bagi tempoh tujuh hari kalau tiada sebarang tindakan saya sendiri akan jadi kepala untuk buat demonstrasi (2.0) di Petaling Street nanti. Kalau tidak kamu boleh ludah muka saya.

“Kita minta semua bersurai dengan aman dan saya akan belanja makan,” katanya kepada pemberita di perkarangan pintu masuk Petaling Street.

Peserta Himpunan Baju Merah berang dengan perniaga di Petaling Street yang didakwa terbabit menjalankan aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang seperti pelacuran dan penyalahgunaan dadah.

Tiada ulasan: