Jumaat, 11 September 2015

Jamal persoal status Melayu Tun M

Dia mencabar Tun M turun bersama Kumpulan Baju Merah untuk membuktikan dirinya seorang Melayu.


jamal,mahathir


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk turut menyertai perhimpunan Baju Merah pada 16 September ini bagi membuktikan beliau seorang Melayu sejati.

“Kalau Tun Mahathir cukup Melayu dia datanglah (perhimpunan rakyat bersatu),” kata penganjurnya, Datuk Jamal Md Yunos.

Ketika ditanya mengenai tindakan Dr Mahathir menyertai Bersih 4.0 yang mendesak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berundur, Jamal berkata, negarawan itu tidak berhak mendesak Perdana Menteri letak jawatan.

“Tun Mahathir tidak layak meminta Perdana Menteri berundur, dia tidak ada kelayakan tersebut. Yang layak hanyalah rakyat dan ahli UMNO. Rakyat yang boleh menentukan,” kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu.

Sebelum itu, Jamal serta beberapa penganjur pehimpunan yang lain dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi

Selepas dua jam memberi keterangan, dia muncul pada jam 1.15 petang bersama mereka yang lain sebelum bergegas ke Masjid Negara.

Ketika ditanya, ini jawapannya.“Saya akan solat di Masjid Negara kerana di situ kita akan jual baju merah”, katanya ringkas.

Tiada ulasan: