The Star
Wee Ka Siong menyifatkan
tindakan Jamal sebagai melampaui batas kerana cuba bertindak seolah-olah
mengambil undang-undang sendiri.
KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Ketua Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos sebagai tidak bertanggungjawab dan perlu diambil tindakan.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan
Jamal berhubung satu lagi perhimpunan yang boleh membawa kepada rusuhan
akan berlaku pada Sabtu ini di Petaling Street.
“Beliau melampaui batas dan seolah-oleh
menggunakan undang-undang sendiri. Bagaimana beliau boleh mengancam
negara ini dengan satu rusuhan?” tegas Wee memetik laporan The Star
Online.
Semalam, Jamal mendakwa akan berlaku satu lagi perhimpunan di Jalan Petaling pada Sabtu ini yang boleh membawa kepada rusuhan.
Beliau turut mendakwa perhimpunan itu
dibuat bagi mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap
peniaga di Jalan Petaling yang menjual barangan tiruan.
Dalam
masa yang sama, Jamal turut meminta agar ruang perniagaan di Jalan
Petaling diberikan secara adil kepada semua kaum di Malaysia dan tidak
hanya dimonopoli oleh peniaga Cina.
Sementara itu, Wee menegaskan agar Jamal
menggunakan saluran yang betul dalam mengajukan aduan dan tindakan
memberi kata dua kepada kerajaan untuk mencetuskan rusuhan adalah satu
kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan