Isnin, 7 September 2015

Jamal: Mengapa Rafidah Aziz suka hentam kerajaan?

 
Jamal Md Yunos mempersoalkan sikap Rafidah Aziz yang gemar mengkritik kerajaan tetapi berdiam diri dalam isu melibatkan pembangkang.


jamal.rafidah


PETALING JAYA: Kelantangan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menempelak rancangan Kumpulan Baju Merah untuk mengadakan demonstrasi aman pada 16 September ini dipersoal.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mempersoal sebab Rafidah tidak mengecam perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu di sebalik ia diisytiharkan haram.

“Penganjur tetap meneruskan demonstrasi jalanan itu, tiada pula suara-suara sumbang dari mulut beliau (Rafidah),” katanya ketika dihubungi FMT.

Rafidah turut didakwa hanya gemar memberi komen-komen berhubung kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi berdiam diri dalam isu melibatkan pembangkang.

“Antaranya beliau (Rafidah) mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jawab isu RM2.6 bilion. Walhal Najib sudah jawab isu itu berpuluh kali. Kenapa beliau tak faham?

“Apakah faktor tua menyebabkannya tidak faham ataupun kecewa kerana tidak dilantik sebagai menteri?” tanyanya lagi.

Jamal menasihatkan agar Rafidah berhenti menghentam kerajaan dan sebaliknya memberikan pandangan yang berguna.

Rafidah mendesak penganjur Perhimpunan Rakyat Bersatu membatalkan rancangan itu kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, perhimpunan itu berbeza dengan Bersih 4 kerana ia tidak mempunyai tuntutan yang jelas.

Pada masa yang sama, Jamal menegaskan ‘Perhimpunan Rakyat Bersatu’ akan tetap diteruskan meskipun tidak mendapat kebenaran polis.

Tambahnya, pihak penganjur perhimpunan itu akan berusaha memohon permit daripada polis ataupun memohon kelulusan mengikut saluran undang-undang yang ada.

“Kita hormati pihak polis sekiranya himpunan ini tidak dapat kebenaran.

“Namun, himpunan ini adalah produk yang lahir daripda himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang menerusi perhimpunan Bersih 1.0 hingga Bersih 4.0,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan perhimpunan itu diadakan sebagai langkah keselamatan.

2 ulasan:

Anoynimous berkata...

Ni pebenda pulak sitija ni rawa gumpala la bagai
woi don nak bergumpal gi la bergumpal tak yah nak kepoh dalam ni plak woit, tu minyak bergumpal pun ambik la sapu kalau nak ambik tak yah la ajak oranb lain ikut perbuatan satanic kau tu, merewang merata merapu tak tentu hala, lain tajuk bari ruang ulas di ulas bergumpal la bagai chaiit

Unknown berkata...

Wahai Ibu Tija lembu, kalau betul2 no nya tembus. dah lama syarikat judi Indon bangkrap. Judi tu haram, indon bengap