Sabtu, 19 September 2015

Felixia Yeap Kecam Pihak Guna Gambarnya Untuk Tujuan Politik

Oleh: RASHVINJEET S. BEDI
 
 
Felixia Yeap 1
Felixia Yeap
 
 
PETALING JAYA: Model Felixia Yeap enggan dirinya dikaitkan dengan parti yang baru dilancarkan, Parti Amanah Negara (Amanah), selepas gambar kononnya menunjukkan beliau menyokong parti itu tersebar di rangkaian sosial.

Bekas model majalah Playboy yang memeluk Islam pada Julai tahun lepas itu berkata beliau tidak mahu gambar atau namanya digunakan untuk sesuatu yang mempunyai kaitan dengan politik.

"Saya tidak berminat untuk terlibat apa-apa yang berkaitan politik. Sila padam gambar ini. Keadaan terdesak anda membuat anda kelihatan menyedihkan," kata Felixia atau nama Islamnya Raisha Rania, dalam laman Facebook, Sabtu.

Gambar itu menunjukkan gambarnya dengan kata-kata, "Saya Felixia Orang Cina & Beragama Islam" dan "Islam rejects racism".


 
Terdapat juga simbol Amanah dalam gambar tersebut.

Parti Amanah telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September dengan acara itu dihadiri oleh pemimpin PKR dan DAP.

Kepimpinan tertingginya terdiri daripada bekas ahli-ahli progresif PAS.
 
 

Tiada ulasan: