Isnin, 28 September 2015

Doktor antara tujuh bakal didakwa

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Seorang patologis tentera adalah antara tujuh suspek dijangka dituduh membunuh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Kevin Morais di mahkamah Kuala Lumpur esok.

Memetik sumber-sumber, portal berita The Malaysian Insider melaporkan lima daripada suspek didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunun manakala dua lain termasuk doktor berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana membantu melakukan pembunuhan.

Morais sedang terbabit dalam mendakwa satu kes rasuah yang dipercayai membabitkan doktor tentera itu.

Rabu lalu, mayat Kevin, 55, yang juga timbalan ketua bahagian rayuan dan perbicaraan Pejabat Peguam Negara, dijumpai dalam tong dipenuhi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya.

Beliau dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dalam sebuah Proton Perdana bernombor plat WA6264Q.
Setakat ini, 11 suspek sudah ditahan dalam kes ini.

Mayat Morais yang kini disimpan di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak dituntut oleh anggota keluarganya kerana menunggu punca kematian beliau.

Tiada ulasan: