Jumaat, 11 September 2015

Daging babi dalam tin di rak halal

 
Ia diletak bersebelahan dengan makanan dalam tin yang berlogo halal


Canned-pork,-halal-shelf-


PETALING JAYA: Sebuah pasaraya di Semenyih didakwa mencampur aduk barangan halal dengan makanan dalam tin berisi daging babi.

Kesal dengan apa yang berlaku seorang pengguna berkongsi gambar di laman Facebook sebagai bukti yang didakwanya dirakam Isnin lalu.

Bukan setakat itu, pihak pengurusan juga bertindak mencampur aduk bahan beracun di rak air minuman.

“Ini yang berlaku dan saya sendiri lalui.

“Betapa kita dipermainkan! Memang sentap aku!!! Bukan nak baikot tau. Aku sendiri beli brg kat situ. Tp jd mcm ni, apa korang rasa??? Sentap ke tak??? Sape2 nak viral pic ni, silakan. Sebab ni perkara sebenar.

Kawan2 sy pun ada sama,” tulis Sharifah Norzainah Achopa.

Gambar yang dimuat naiknya kemudian dikongsi pengguna laman sosial yang lain.

Tiada ulasan: