Isnin, 28 September 2015

Azwan Ali salah faham lagi, maki peminat di media sosial

Astro Awani
Azwan Ali salah faham lagi, maki peminat di media sosial
Azwan Ali sekali lagi menarik perhatian orang ramai dengan tindakannya memaki seorang peminatnya di media sosial gara-gara tidak memahami pertanyaan wanita tersebut.
KUALA LUMPUR: Personaliti televisyen popular, Azwan Ali sekali lagi menarik perhatian orang ramai dengan tindakannya memaki seorang peminatnya di media sosial gara-gara salah faham pertanyaan wanita tersebut.

Di laman Instagramnya, seorang pengikut bernama “sitijuha” bertanya adakah Azwan ada membuat khidmat penghantaran untuk rendang jualannya ke Johor Bahru.

"jb takde ke?" tulis sitijuha.

Namun, soalan tersebut nampaknya disalah faham oleh Azwan berikutan penggunaan singkatan ‘jb’ untuk Johor Bahru oleh sitijuha.

Azwan atau Diva AA terus memaki mengandaikan peminat itu mempersendanya dengan mengatakan, "Job takde ke?".

Diva AA itu memaki pengikutnya dengan menggunakan kata-kata yang kurang sopan seperti ‘anjing’ dan ‘bangsat’.
ss
Gambar Instagram Azwan Ali

Bagaimanapun, pengikut Instagram itu kemudian menjelaskan bahawa komennya telah disalah sangka.

Tiada ulasan: