Jumaat, 11 September 2015

Anina saman Ku Nan, mohon batal pemecatan

 
Writ yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon perintah supaya dua surat pemecatan yang dikeluarkan Tengku Adnan diisytihar tidak sah dan terbatal.


Tengku-Adnan-mansor_anina-saaduddin_600


PETALING JAYA: Bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung pemecatannya dari parti itu.
 
.unnamed-(2)
 
Dalam writnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, ia memohon perintah supaya dua surat pemecatan yang dikeluarkan Tengku Adnan ke atasnya diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Haniff Khatri turut menamakan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh sebagai defenden kedua.

Mengulas mengenai tindakannya, Anina menjelaskan ia dibuat untuk menyelamatkan UMNO.

“Saya bukan anai-anai yang hendak merosakkan parti. Saya hanya hendak mempertahankan Umno daripada dimusnahkan oleh ‘KuMan Lapuk’ seperti Ku Nan yang bersekongkol dengan Najib dalam membuat salah laku,” kata Anina dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam Facebooknya.

Terdahulu, Tengku Adnan mengeluarkan dua surat bertarikh 1 dan 2 September kepada Anina berhubung pemecatannya sebagai ahli UMNO kerana melanggar Perlembagaan parti itu.

Tindakan itu diambil selepas dia bertindak mengheret Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke mahkamah berhubung dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Tiada ulasan: