Isnin, 31 Ogos 2015

Zahid beri amaran tindakan lepas BERSIH 4



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi memberi amaran bahawa polis boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta BERSIH selepas perhimpunan itu.

Menegaskan polis tidak akan lepas tangan, timbalan perdana menteri itu berkata pihak berkuasa akan terus memantau termasuk tokoh di sebalik pengajuran dan meneliti ucapan mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.

"Saya tidak mahu lagi memberi amaran. Jangan tuduh pihak berkuasa atau kerajaan kejam kalau tindakan dikenakan terhadap mereka selepas ini.

"Kini tiada lagi amaran, sebaliknya tindakan akan diambil dengan menggunakan apa juga saluran undang-undang sama ada bawah Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan lain-lain yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Akhbar itu melaporkan Zahid berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Umno Ipoh Timur semalam.


Tiada ulasan: