Ahad, 2 Ogos 2015

Wang dalam akaun peribadi Najib bukan milik rakyat

 
Wang dalam akauan amanah PM adalah derma daripada penyokong parti yang tidak didedahkan identitinya.


umno,-1mdb,-Rahman-Dahlan,-Najib


PETALING JAYA: UMNO memberi kebenaran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ia bukan perkara baru kerana mereka yang menyandang kedudukan itu sebelum ini juga mempunyai akaun yang sama.

“Saya hendak memberitahu bahawa UMNO mempunyai peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.

“Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika Presiden UMNO (ketika ini) dan Presiden UMNO terdahulu mempunyai akaun amanah bagi pihak parti,” katanya yang dipetik daripada ismaweb.net.

Jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu, Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan itu menerangkan wang yang berada di dalam akaun amanah berkenaan bukan milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit rakyat.

“Apa-apa derma diambil daripada dahulu hingga sekarang oleh UMNO tidak ada kena-mengena dengan wang rakyat. Ia adalah derma daripada penyokong-penyokong parti. Jika dia ada wang dan hendak membantu parti, itu adalah hak individu dan bukan wang 1MDB,” katanya.

Jelaskan lagi, pembangkang tidak perlu tahu sumber yang diperolehi dalam akaun berkenaan kerana tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana parti politik mendedahkan nama penderma mereka.

Tiada ulasan: