MALAYSIAKINI
Dakwaan wujudnya gerakan mahu menggulingkan kerajaan melibatkan
pemimpin Umno tidak menguntungkan Umno sekaligus mencetuskan rasa curiga
di kalangan anggota parti, kata Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee.
"Ada tuduhan kononnya terdapat wakil rakyat Umno nak
guling kerajaan bersama pembangkang, ini tuduhan serius dan boleh
menjarakkan hubungan sesama ahli parti.
"Saya
lihat isu ini tidak menguntungkan sesiapa, yang rosaknya Umno,
ahli-ahli di bawah mula curiga sesama sendiri," katanya dalam blog Umno
bahagian Cheras hari ini.
Syed Ali mengulas pendedahan Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini yang mendakwa
terdapat komplot menjatuhkan kerajaan yang membabitkan wakil rakyat Umno
bersama pembangkang.
Menurutnya lagi, ekoran tersebarnya dakwaan
itu juga menyebabkan beberapa pemimpin Umno, anggota kabinet terbabit
dan nama yang didakwa itu terpaksa membuat penafian dan laporan polis.
Sekalipun
tidak jelas pihak yang maksudkan, Syed Ali menganggap pendedahan itu
sebagai tuduhan serius dan dibimbangi digunakan pihak tertentu bagi
merosakkan Umno dan kerajaan sedia ada, demi kepentingan peribadi.
"Pemimpin
di atas berkecamuk sesama sendiri akibat tuduh-menuduh, yang jadi
mangsa adalah ahli-ahli di bawah, mungkin mereka akan terhakis sokongan
kepada pemimpin tertentu.
"Saya amat khuatir dalam kedaaan senario
politik yang agak krtikal ini, mungkin ada pihak ambil kesempatan
memecahbelahkan Umno," katanya.
Dalam blog itu juga, setiausaha
Umno/BN Wilayah Persekutuan itu berkata terpulang kepada Zahid untuk
mendedahkan pihak yang terbabit .
Sehubungan itu, Syed Ali
menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menangani itu
segera bagi menghalang tuduh-menuduh sesama pemimpin Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan