Rabu, 12 Ogos 2015

Ringgit jatuh mencecah RM4 sedolar hari ini

Ringgit jatuh mencecah RM4 sedolar hari ini
Nilai ringgit mencecah RM4 sedolar AS hari ini.


SHAH ALAM - Nilai matawang Ringgit Malaysia mencecah RM4 sedolar Amerika Syarikat (AS), merosot serendah 4.03 pada jam 1 tengahari tadi.

Bagaimanapun, nilai ringgit meningkat dan berada dalam lingkungan RM3.98 sedolar AS setakat jam 1.05 tengah hari tadi.

Difahamkan, keadaan turun naik nilai ringgit ini berlaku sejak pagi tadi.

Kejatuhan nilai RM tahun ini adalah paling rendah sejak krisis kewangan Asia pada 1998.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ringgit ditutup paling rendah sejak 17 tahun]

Khamis lalu,  ringgit jatuh ke paras terendah pada harga RM3.9005/9035 berbanding dolar daripada RM3.8760/8790 pada Rabu.

Ringgit merosot sehingga 0.4 peratus kepada RM3.8935 satu dolar, paling lemah sejak 2 September 1998, sehari sebelum mata wang itu ditambat pada 3.8000.

Peniaga Mata Wang Capital Advisors, Justin Herling sebelum ini memberitahu, kejatuhan harga minyak serta ekonomi China yang tidak menentu, telah menyumbang kepada penyusutan ringgit.

Tiada ulasan: